Instructions

  1. Ayam dilumurkan bersama kunyit dan garam
  2. Panaskan TupperChef Pressure Cooker bersama minyak
  3. Setelah minyak panas, masukkan serai diketuk kasar biarkan seketika sehingga naik bau
  4. Kemudian masukkan pula daun kari dan kacau rata
  5. Masukkan pula bahan kisar  serai,bawang merah ,bawang putih , pes cili dan gula secukupnya kacau rata dan biarkan seketika
  6. Setelah itu masukkan air, ayam, kicap manis dan sedikit garam –kacau rata
  7. Tutup penutup Pressure Cooker, alihkan kepada  valve no 2
  8. Biarkan ayam bali masak  selama 12 minit dengan kadar api sederhana
  9. Setelah masak, pastikan wap dikeluarkan sebelum penutup Pressure Cooker dibuka

*untuk permulaan pastikan api besar dan turunkan suhu api setelah gelung hijau 2  kelihatan

Ingredients

  • 1 ekor ayam di potong kecil
  • 1 sudu kecil kunyit
  • Sedikit garam
  • 4 biji bawang merah besar –dikisar halus
  • 6 ulas bawang putih –dikisar halus
  • 6 batang serai – Kisarkan  halus 3 batang serai menggunakan Turbo Chopper dan 3 batang lagi diketuk kasar
  • 5 batang daun kari
  • 3 sudu besar pes cili
  • 10-15 sudu kicap manis
  • Gula dan garam secukupnya
  • 2 sudu besar minyak
  • 300ml air

This June