Instructions

  1. Perapkan daging bersama serbuk kunyit dan serbuk jintan manis-biarkan seketika
  2. Panaskan butter kedalam Tupperchef Pressure Cooker
  3. Setelah butter cair, masukkan rempah kering (kulit kayu manis dan bunga lawang )
  4. Masukkan pula bawang putih dan lobak yang telah dikisar, kacau rata dan biarkan aromanya terbit
  5. Masukkan rempah kurma dengan sedikit air supaya menjadi pes,daging dan kacau rata dan biarkan seketika
  6. Setelah itu , masukkan beras, air dan sedikit garam.Gaul rata agar semua bahan sebati
  7. Tutup penutup,alihkan kepada tekanan valve no 2 ,masak dengan kadar api yang  sederhana dalam masa 10min
  8. Setelah masak, pastikan wap dikeluarkan sebelum penutup Pressure Cooker dibuka

*untuk permulaan pastikan api besar dan turunkan suhu api setelah gelung hijau 2  kelihatan

Ingredients

  • 3 cawan beras Basmathi
  • 3 cawan air (600-750ml)
  • 400gm daging dipotong kiub
  • 4 bawang putih –dikisar halus
  • ½ batang lobak merah –dikisar halur
  • 1 sudu besar butter
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 2 sudu besar rempah kurma –dicampur sedikit air supaya menjadi pes
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit

Related Products

11148923
TupperChef ® Pressure Cooker (1) 6.5L

This June