Instructions

  1. Panaskan TupperChef Pressure Cooker bersama minyak
  2. Setelah minyak panas,tumis bahan kisar –bawang merah,bawang putih,halia dan lengkuas kacau rata dan biarkan seketika,Kemudian masukkan pes cili dan rempah rendang.Kacau rata dan biarkan ianya pecah minyak
  3. Masukkan pula daging,santan , asam keping ,kerisik serai dan daun kunyit
  4. Perisakan bersama garam dan gula
  5. Tutup penutup Pressure Cooker, alihkan Valve kepada no 2
  6. Biarkan rendang masak selama 25min dengan kadar api sederhana
  7. Setelah masak, pastikan wap dikeluarkan sebelum penutup Pressure Cooker dibuka

*untuk permulaan pastikan api besar dan turunkan suhu api setelah gelung hijau 2  kelihatan

*Jika anda ingin kuah rendang pekat, boleh teruskan proses memasak tanpa menggunakan penutup setelah penutup Pressure Cooker dibuka-dimasak seperti menggunakan periuk biasa

*Jika santan pekat, tambahkan dengan sedikit air

Ingredients

  • 2 kg daging –dipotong kiub
  • 15 ulas bawang merah kecil-dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih-dikisar halus
  • 2 inci halia –dikisar halus
  • 2 inci lengkuas-diketuk kasar
  • 3 paket rempah rendang (120gm+-)-dicampur sedikit air supaya menjadi pes
  • 15 batang serai –diracik halus –speedy mando
  • 8 sudu besar pes cili
  • 1lit santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 3-4 keping asam keping
  • 4 helai daun kunyit-carik halus
  • Garam dan  gula secukupnya
  • Minyak secukupnya -untuk menumis

Related Products

11148923
TupperChef ® Pressure Cooker (1) 6.5L

This August