This website uses cookies.

English / Bahasa Malaysia

Mulakan Perniagaan Sendiri

Peluang Terbaik Untuk Anda!
 

Melalui peluang perniagaan usahawan Tupperware, kami membantu menyalurkan kaedah yang lebih efektif bagi memperbaiki kehidupan, menambah pendapatan dan memanfaatkan masyarakat setempat. Sehingga kini, kami telah berjaya mengubah lebih 3 juta kehidupan. Hari demi hari, komitmen kami kian teguh kerana kami sedar bahawa usaha kami mampu membawa kesan yang positif terhadap kelestarian bumi. Di samping mempromosikan produk mesra alam untuk penyimpanan makanan supaya tahan lebih lama, lebih mudah dibawa dan mengurangkan pembaziran, kami juga menyediakan pelbagai cara untuk menambah baik kehidupan melalui penggunaan produk Tupperware.

Perniagaan Tupperware Brands adalah salah satu cara paling bermakna untuk menyumbang terhadap pendapatan isi rumah anda. Ia juga memberi peluang kepada anda untuk bertemu dan berhubung dengan usahawan lain dalam persekitaran yang mesra. Iktiraf, hargai dan raikan kemampuan anda, tingkatkan keyakinan diri dan nikmati kebebasan kewangan – segala-galanya mampu anda kecapi melalui Tupperware Brands. Selamat datang ke dunia tanpa batasan!

Mengapa anda perlu menyertai Tupperware Brands.

Sebagai Konsultan Perniagaan Tupperware Brands, anda beroperasi secara bebas tetapi anda tidak pernah bersendirian. Segala-galanya telah disediakan untuk membuka laluan yang mudah kepada anda, malah kami juga memanfaatkan strategi bimbingan yang ringkas dan terbukti berkesan bagi menyokong seluruh perjalanan anda dan membawa anda menuju kebebasan kewangan.

Persoalannya ialah, setinggi manakah impian anda dalam hidup? Di Tupperware Brands, kami menawarkan kaedah dan penyelesaian yang tepat untuk membantu anda menyerlahkan keupayaan terbesar anda. Kami juga sentiasa berada di sisi untuk meraikan setiap kejayaan anda melalui insentif kewangan, percutian berbayar, ganjaran kereta percuma dan banyak lagi.

Melancong Penuh Gaya

Melancong Penuh Gaya

Terokai budaya baharu, nikmati aneka makanan yang lazat, bersantai di penginapan mewah – anda pasti tidak mahu ketinggalan menyertai aktiviti pelancongan kami. Program insentif pelancongan Tupperware Brands akan membawa anda ke destinasi eksotik dengan gaya mewah bertaraf 5 bintang.

Dapat Kereta PERCUMA

Dapat Kereta PERCUMA

Melalui Tupperware Brands, anda boleh memandu pulang kereta idaman anda secara percuma. Sertailah kami hari ini dan mulakan langkah pertama anda menuju kejayaan.

Baca Kisah Kejayaan para Pemenang Kereta kami >

Pendapatan + ganjaran lumayan

Pendapatan + ganjaran lumayan

Sebaik sahaja anda menyertai Tupperware, peluang keusahawanan yang luas akan terbuka untuk anda. Semakin anda mahir mengendalikan perniagaan ini, semakin tinggi peluang anda untuk melangkah ke peringkat atasan, mengembangkan organisasi anda dan meningkatkan pendapatan anda. Semakin tinggi peringkat yang anda capai, semakin besar ganjarannya. Anda boleh mencapai semua ini dalam tempoh 12 bulan yang seterusnya:

  • Jadi Bos Sendiri + pendapatan bulanan 4 angka
  • Nikmati Pelancongan ke Luar Negara secara percuma dan Ganjaran Kereta Percuma
  • Diri Lebih Yakin, Dihargai & Diiktiraf
  • Temui Lebih Ramai Kenalan dan Serlahkan Personaliti Baharu yang Lebih Menarik
Pendidikan Anak

Pendidikan Anak

Terbeban oleh kos pendidikan yang tinggi? Perniagaan Tupperware Brands memberi anda peluang untuk menjana lebih banyak pendapatan bagi memastikan anak anda mampu mencapai potensi penuh mereka.

Miliki Rumah Sendiri

Miliki Rumah Sendiri

Ingin membeli rumah, namun sukar untuk direalisasikan?

Walaupun harga hartanah semakin tinggi manakala gaji pula terlalu rendah, pendapatan tambahan dari Tupperware Brands mampu merealisasikan impian anda untuk memiliki rumah sendiri!

Jadi Bos Anda Sendiri

Jadi Bos Anda Sendiri

Pilih waktu kerja anda sendiri dan sesuaikan kerja anda dengan keperluan keluarga dan gaya hidup anda. Anda adalah bos anda sendiri.

Baca kisah kehidupan sebenar orang-orang biasa yang berjaya melakar pencapaian luar biasa >

Menyokong Perjalanan Anda

Menyokong Perjalanan Anda

Apabila anda menceburi perniagaan kami, anda boleh yakin bahawa kami akan terus setia membimbing anda pada setiap langkah bagi membolehkan anda mencapai hasil yang diingini. Kami menyediakan pelbagai Platform Digital untuk membantu anda menguruskan perniagaan dengan jayanya.

Ketahui lebih lanjut mengenai Platform Digital yang tersedia untuk anda >

Jika anda sudah bersedia atau masih ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang!

Top